Tanaman getah merupakan hasil pertanian utama Kampung Paya Jakas

Sumber Rezeki Dari Tanaman Getah

S

ektor ekonomi penduduk Kampung Paya Jakas dijana melalui sektor pertanian, bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta, penternakan dan bekerja sendiri. Kebanyakan penduduk Kampung Paya Jakas terutamanya belia berkhidmat dalam sektor awam dan swasta serta sektor perindustrian di Bandar Segamat dan Johor Bahru. Selebihnya, mereka menjalankan aktiviti pertanian seperti menoreh getah dan bekerja sendiri di sekitar kampung untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

"Bantuan dari segi kemahiran, latihan, barangan dan juga pinjaman modal sedikit sebanyak membantu sektor perusahaan kampung berkembang dengan jayanya."  
   
Di bidang pertanian, tanaman seperti getah dan kelapa sawit diusahakan di tanah yang berkeluasan hampir 52 hektar. Kebanyakan tanah yang digunakan adalah milik persendirian dan ada juga penduduk di sini menjalankan pertanian secara kecil-kecilan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Aktiviti pertanian secara kecil-kecilan ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk menyara keluarga.

Perolehan bantuan daripada pihak berwajib sememangnya membantu meningkat perusahaan yang dibangunkan oleh orang kampung. Bantuan dari segi kemahiran, latihan, barangan dan juga pinjaman modal sedikit sebanyak membantu sektor perusahaan kampung berkembang dengan jayanya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK