Kampung Paya Jakas mendapat namanya dari kawasan paya yang wujud ketika awal penerokaan penduduk ke kawasan ini. Penduduk Kampung Paya Jakas menjumpai sejenis pokok Jakas seakan-akan pokok mengkuang yang tumbuh di sekitar kampung mereka. Akhirnya mereka menamakan kampung mereka sebagai Paya Jakas.
|
Persatuan Wanita Kampung Paya Jakas telah mewujudkan “kendarat” yang merupakan salah satu usaha wanita di kampung ini untuk membantu penduduk Kampung Paya Jakas dalam majlis-majlis perkahwinan. Wanita di kampung ini sering tolong-menolong antara mereka jika mempunyai masalah. Penglibatan wanita dalam aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang serta merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung di sini. |