Anak muda bercuti di Hutan Lipur Gunung Ledang semasa cuti sekolah

Belia Berkualiti

S

ebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara maju, penglibatan belia dalam masyarakat perlu ditingkatkan untuk melahirkan belia yang berkualiti. Golongan belia merupakan aset yang amat berharga kepada sesebuah negara. Mereka merupakan bakal pemimpin dan penggerak dalam menentukan pembangunan di masa hadapan.

Penglibatan belia-belia di Kampung Paya Jakas dalam kegiatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) di sini amat menggalakkan tidak kira dalam bidang sukan, kebudayaan dan keagamaan. Oleh itu, Persatuan Belia Muafakat ditubuhkan bagi membantu para belia mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.

Belia di sini juga bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menganjurkan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran. Aktiviti ini sering dilakukan ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendera.

 
Sebahagian belia yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan
 

Selain itu, belia di sini juga menubuhkan Kumpulan Kompang Kampung Paya Jakas yang dikelola oleh Biro Belia kampung mereka. Persatuan ini mengadakan latihan pada setiap malam Sabtu bermula jam 9.00 malam. Kumpulan ini sering menerima jemputan daripada penduduk setempat dan kampung sekitar untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi. Melalui aktiviti yang diadakan, para belia mendapat pendedahan serta pengalaman dalam memberi khidmat dan sumbangan kepada kampung mereka.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK