Aktif Dan Penuh Minat

W

anita di sini merupakan golongan yang aktif menceburi bidang atau kegiatan perniagaan. Mereka telah membuktikan bahawa penglibatan wanita dalam aktiviti perniagaan dapat membantu menambahkan hasil pendapatan isi rumah. Antara bidang perniagaan yang diusahakan oleh kaum wanita ialah membuka kedai jahit-menjahit dan kedai fotostat.

Di samping itu, wanita Kampung Pasir Gembur juga aktif dalam aktiviti keagamaan seperti berzanji, marhaban dan mengikuti kurusus menguruskan jenazah. Kegiatan masa lapang wanita juga mendapat kerjasama yang baik dari beberapa agensi kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan sosial. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) misalnya menganjurkan kelas memasak dan menjahit untuk golongan wanita dan ibu-ibu tunggal terutamanya.

“Aktiviti senamrobik yang dijalankan bagi penduduk wanita selain menyihatkan badan juga dapat meningkatkan tahap kecergasan dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.”

 
   

Sinonim dengan sikap wanita yang sukakan kecantikan, wanita di kampung ini juga menyedari tubuh badan yang sihat adalah hasil daripada pemakanan yang seimbang dan pentingnya senaman. Oleh itu, aktiviti-aktiviti berunsur riadah juga dilakukan secara berkala. Aktiviti senamrobik yang dijalankan bagi penduduk wanita selain menyihatkan badan juga dapat meningkatkan tahap kecergasan dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK