Selangkah Ke Perpustakaan Sejuta Pengetahuan

P

erpustakaan sememangnya menjadi tumpuan pelajar untuk menambah ilmu dan maklumat. Kini, perpustakaan desa bukan sahaja dilengkapi dengan buku semata-mata tetapi turut mempunyai peralatan komputer. Kemudahan-kemudahan ini banyak menarik minat bukan sahaja pelajar tetapi juga orang ramai untuk menggunakan perpustakaan. Perpustakaan Desa Kampung Pasir Gembur menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, perkhidmatan internet, perkhidmatan rujukan maklumat dan lain-lain. Slogan Perpustakaan Desa Pasir Gembur ialah, “Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Pengetahuan.”

“Bagi sebuah kampung kecil seperti Pasir Gembur, keahlian perpustakaan ini amatlah membanggakan”

 
   

Perpustakaan Desa Pasir Gembur beroperasi pada April 2006 dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Bin Haji Yusof. Waktu operasi perpustakaan desa adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Aktiviti yang sering dijalankan oleh Perpustakaan Desa Pasir Gembur antaranya aktiviti galakan membaca yang dijalankan setiap empat bulan sekali dan disasarkan kepada golongan dewasa. Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan termasuklah pertandingan pencarian maklumat dan pertandingan melukis bagi kanak-kanak.

 
 
Dua wanita menggunakan kemudahan IT di Perpustakaan Desa Kampung Pasir Gembur

Perpustakaan ini dapat menampung 30 hingga 40 orang pengunjung pada satu-satu masa. Difahamkan, keahlian perpustakaan ini sehingga akhir tahun 2007 seramai 500 orang ahli. Dianggarkan kira-kira 70 orang pengguna berkunjung ke perpustakaan ini setiap hari. Bagi sebuah kampung kecil seperti Pasir Gembur, keahlian perpustakaan ini amatlah membanggakan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK