Penyu Gembur Pasir

K

ampung Pasir Gembur terletak di dalam kawasan Pantai Tanjung Bidara. Kawasan persisiran pantai ini dahulunya merupakan tempat penyu bertelur. Bilangan penyu yang semakin berkurangan telah mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Melaka. Beberapa langkah dan usaha telah dilakukan agar kawasan pantai Tanjung Bidara kembali menjadi tempat penyu bertelur selain mengelakkan kepupusan haiwan tersebut. Sehubungan itu, kerajaan Melaka telah membina sebuah Pusat Pengurusan Penyu di Padang Kemunting yang merupakan satu-satunya pusat seumpama itu di pantai barat selatan

“ Bilangan penyu yang semakin berkurangan telah mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Melaka”

 
   

Semenanjung Malaysia

Menurut beberapa orang penduduk Kampung Pasir Gembur, kampung ini dahulunya memang terkenal sebagai kawasan pendaratan dan persinggahan penyu untuk bertelur. Mereka melihat betapa sukarnya penyu-penyu mendarat dan menggali pasir semata-mata hendak bertelur. Daripada kepayahan penyu tersebut, penduduk ketika itu menamakan kampung itu dengan Kampung Pasir Gembur dan ia kekal hingga kini.

 
Telur penyu dijaga oleh Pusat Pengurusan Penyu
 
 
 
Penafian | Laman Web KTAK