Bersatu Dan Bermesra

D

ianggarkan seramai 2,500 orang penduduk mendiami kampung ini. Kaum Melayu merupakan satu-satunya kaum yang menghuni kampung tersebut. Namun begitu, mereka masih beramah mesra dengan kaum lain yang tinggal di kawasan sekitar. Penduduk di kampung itu sentiasa menjaga ikatan silaturahim yang telah wujud sejak mula kawasan penempatan itu diteroka.

 

“Hampir separuh penduduk-penduduk di situ menjadikan sektor pertanian sebagai punca pendapatan namun terdapat juga penduduk yang mengusahakan perniagaan sendiri dan menternak kambing atau lembu.”
   

Kebanyakan rumah di sini dibina secara bertaburan di atas tanah masing-masing. Rumah-rumah ini berbentuk tradisional, sesuai dengan seni bina rumah Melayu Melaka seperti rumah “limas” dan rumah “Melayu Melaka”. Keunikan rumah limas kerana ia mempunyai banyak tingkap dan tiang. Paling popular ialah rumah Melayu yang bertangga batu walaupun struktur binaan rumah kebanyakannya menggunakan kayu. Rumah Melayu Melaka pula masih mempunyai tangga batu yang cantik tetapi mempunyai reka bentuk bumbung seakan-akan rumah Minangkabau. Rumah Melayu Melaka lazimnya mempunyai anjung yang terbuka dan tingkapnya tidak sebanyak rumah limas.

Dahulu, kawasan pantai yang terdapat di Kampung Pasir Gembur dijadikan tempat berlabuhnya bot-bot dan sampan-sampan. Tetapi, oleh kerana faktor-faktor tertentu, maka ia telah jarang digunakan. Hampir separuh penduduk-penduduk di situ menjadikan sektor pertanian sebagai punca pendapatan namun terdapat juga penduduk yang mengusahakan perniagaan sendiri dan menternak kambing atau lembu.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK