Persatuan Nelayan Lambang Ikatan Sesama Penduduk
i mana-mana tempat, jika berhampiran pantai atau laut sudah tentu dikaitkan dengan nelayan atau kegiatan menangkap ikan. Sejak sekian lama, masih terdapat nelayan-nelayan pantai yang menangkap ikan secara tradisional tetapi bukan lagi umpama “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Walaupun hanya nelayan pantai, mereka mempunyai peralatan menangkap ikan yang baik dan sentiasa berusaha memajukan diri. Oleh itu, para nelayan sepakat menubuhkan Persatuan Nelayan Kampung Pasir Gembur dengan tujuan dapat mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi. Melalui persatuan tersebut, hasil tangkapan nelayan boleh dipasarkan dengan cara yang lebih terurus. Pada masa yang sama, cara ini dapat mengelakkkan para nelayan daripada menjadi mangsa orang tengah yang membeli ikan dengan harga yang rendah. Nelayan-nelayan juga dibimbing untuk menghasilkan produk-produk berasaskan hasil laut seperti ikan kering dan juga belacan.
| |
 |
| |
| Hasil tangkapan para nelayan |
|
Persatuan Nelayan Pasir Gembur beroperasi di Balai Nelayan yang dibina sempena Program Bakti Siswa Kelima oleh pelajar-pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah. Selain itu, para nelayan juga menghasilkan produk lain berasaskan ikan seperti ikan kering dan belacan.
Penduduk yang tidak menjadi nelayan pula, mereka menternak ikan air payau atau air tawar di dalam sangkar. Kebiasaannya ikan siakap putih dan kerapu amat sesuai dibela di kolam air payau. Manakala ikan air tawar yang diternak ialah keli dan tilapia.
 |
|
| Sampan dibersihkan selepas turun ke laut |
|
|
Selain itu, penduduk tempatan juga aktif menternak kambing, ayam dan lembu. Ghani Samat merupakan penternak kambing yang berjaya. Ghani Samat yang mula menternak kambing pada tahun 2000 kini mempunyai lebih daripada 60 ekor kambing pelbagai jenis. Beliau hanya menjual kambing-kambing yang berusia tiga bulan ke atas dan harganya berdasarkan pasaran semasa. Sebagai penternak kambing, beliau mempunyai banyak pengetahuan bagi membolehkannya berjaya dalam bidang ini. Beliau juga berhasrat untuk membesarkan penternakannya jika mempunyai modal yang mencukupi.
| |
 |
| |
| Para nelayan berganding bahu |
|
Bagi menjimatkan kos makanan, Ghani lebih suka menggunakan rumput sebagai makanan kambing berbanding dengan makanan buatan yang harganya semakin mahal sekarang. Mengetahui tabiat pemakanan kambing amat penting kepada Ghani. Oleh itu, bukan sebarang rumput yang boleh diberi kepada kambing-kambingnya melainkan sejenis rumput bernama “napier” atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai rumput gajah.
Disebabkan pengalaman luas Ghani, beliau dilantik mengetuai Persatuan Peladang dan bersedia memberikan bimbingan kepada mereka yang berminat untuk menternak kambing.
|