Pendidikan Formal
enuntut ilmu adalah satu tuntutan dan amat penting kepada semua orang. Ibu bapa yang menitik-beratkan pelajaran kepada anak-anak adalah ibu bapa yang berwawasan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan sekolah-sekolah rendah dan menengah bagi membolehkan anak-anak Kampung Pasir Gembur mendapat pendidkan formal. Di sini terdapat Sekolah Rendah Agama Tanjung Bidara, Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara dan Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Ehya Al-Karim. Melalui penyediaan prasarana pendidikan yang baik, tahap pencapaian pelajar di Kampung Pasir Gembur boleh dibanggakan. Ramai di kalangan pelajar sekolah menengah yang mendapat keputusan cemerlang dan berjaya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Institut Pengajian Tinggi Awam atau swasta.
Program-program pendidikan untuk anak-anak kampung juga mendapat perhatian dan kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Terdapat program-program yang dianjurkan bersama atau sekurang-kurangnya mendapat kerjasama JKKK dengan pihak sekolah. Antara program yang dianjurkan ialah perkhemahan, lawatan sambil belajar, ceramah motivasi dan sebagainya. Di samping itu, kelas-kelas bimbingan di luar masa sekolah juga diadakan secara sukarela bertempat di balai raya atau di rumah-rumah pelajar seperti kelas tuisyen, penghayatan Al-Quran dan lain-lain.
|