Melaka Negeri Bersejarah

M

elaka memang terkenal sebagai Negeri Bersejarah dan kerajaan negeri sentiasa berusaha mengekalkan kesan-kesan sejarahnya. Di negeri inilah, lahirnya pahlawan-pahlawan agung seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Selain keistimewaan sejarahnya, kecantikan pantai di situ turut mendapat perhatian pengunjung luar.

Kampung Pasir Gembur terletak berhampiran dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera yang menempatkan pelbagi unit Pasukan Tentera Darat. Manakala Perpustakaan Desa Kampung Pasir Gembur terletak bersebelahan Tabika KEMAS.

“Melaka memang terkenal sebagai Negeri Bersejarah dan kerajaan negeri sentiasa berusaha mengekalkan kesa-kesan sejarahnya.”

 
   
 
Pemandangan pantai yang indah
 

Sistem perhubungan jalan raya berturap yang disediakan memudahkan penduduk kampung berulang-alik daripada kawasan sekitar ke kampung ini. Seni bina rumah di sini masih mengekalkan ciri-ciri seni bina Melayu Melaka. Kawasan Kampung Pasir Gembur sedikit berbukit dan bagi sesetengah kawasan yang bertanah rata, muka buminya agak berpasir kerana berhampiran pantai.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK