Tanggungjawab Bersama

S

oal keselamatan lazimnya merupakan tanggungjawab semua pihak walaupun wujudnya agensi-agensi rasmi seperti polis dan tentera. Balai polis yang terdekat di kampung ini terletak di Pangkalan Balak. Polis dan masyarakat kampung sering bekerjasama untuk menangani masalah jenayah dan keselamatan.

Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama-sama penduduk kampung berganding bahu bagi menangani sebarang masalah yang berlaku jika ada. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan keselamatan, penduduk akan berhubung dengan balai polis terdekat yang terletak kira-kira lima minit perjalanan dari Perpustakaan Desa Kampung Pasir Gembur.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK