Mengamalkan Nilai Murni
ampung-kampung di sekelilingnya juga masih mengekalkan keunikan rumah-rumahnya sama seperti yang terdapat di Kampung Pasir Gembur. Penduduk-penduduk di situ juga masih mempraktikkan nilai-nilai murni seperti berinteraksi antara penduduk, bantu-membantu dan lain-lain lagi. Kenduri-kendara di situ juga meriah apabila ramai penduduk kampung ringan tulang untuk membantu. Senario itu pastinya menarik minat pelancong-pelancong yang jarang dapat menyaksikan keharmonian seperti itu.
Kampung-kampung sekitar yang terdapat di Kampung Pasir Gembur ialah Kampung Balik Batu, Kampung Air Hitam Darat, Kampung Solok Mangga, Kampung Padang Kemuning dan Kampung Pengkalan Balak. Jarak antara kampung-kampung sekitar dengan Kampung Pasir Gembur sekitar satu hingga lima kilometer. Penduduk-penduduk di situ menjadikan sektor perikanan sebagai pekerjaan utama mereka.
Aktiviti-aktiviti masa lapang yang sering diadakan di situ kebanyakannya berbentuk keagamaan seperti berzanji dan marhaban. Di samping itu, golongan belia pula lebih selesa bersukan seperti bermain bola sepak, badminton dan bola tampar pantai.
|