Pengerusi JKKK, Mohd Azmi Haji Sabtu

Membasmi Kemiskinan

S

ecara umumnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. Antara tugas JKKK ialah membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan terutama dalam membasmi kemiskinan. Bagi mencapai objektif itu, JKKK telah menubuhkan beberapa biro, antaranya ialah Biro Pendidikan dan Keagamaan, Biro Kebajikan, Biro Keselamatan dan Ekonomi serta Biro Maklumat.

Antara tugas Biro Keselamatan dan Ekonomi Kampung Pasir Gembur ialah memastikan keselamatan kampung adalah pada tahap yang baik. Selain keselamatan, biro tersebut juga berperanan untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung. Melalui kaedah tertentu, JKKK berusaha membantu para penduduk yang memerlukan bantuan untuk memulakan perniagaan dan sebagainya. Biasanya, bantuan akan disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan tertakluk kepada syarat-syarat dan kelayakan tertentu. Ini bermakna, bantuan bukan diberikan sewenang-wenangnya kepada setiap pemohon.

Di Kampung Pasir Gembur, JKKK dipengerusikan oleh Mohd Azmi Haji Sabtu. Manakala Mohamad Azhari Baharom sebagai Setiausaha di samping beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain. JKKK akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kampung mereka bukan sahaja maju tetapi makmur dan terhindar daripada gejala negatif. Bagaimanapun, tujuan tersebut tidak akan tercapai jika penduduk tidak memberikan kerjasama sewajarnya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK