Rezeki Dari Laut
ektor perikanan boleh dianggap sebagai sektor utama di situ. Penduduk-penduduk daripada pelbagai peringkat usia bergantung pada sumber hidupan laut sebagai punca rezeki utama. Hasil tangkapan mereka akan dijual kepada peraih-peraih yang kemudiannya akan dijual di Pasar Awam Masjid Tanah.
Program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga berkembang bagi memberi peluang kepada para nelayan menceburi kegiatan hiliran yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka. Melalui IKS para nelayan dibimbing dalam bidang-bidang tertentu seperti menghasilkan cencaluk dan ikan masin secara komersial. Cencalok ialah sejenis makanan berasaskan udang yang popular di Melaka. Cencalok diperbuat daripada sejenis udang halus yang disebut oleh orang-orang tempatan dengan nama udang geragau.
Selain sektor perikanan, penduduk juga aktif menjalankan aktiviti perniagaan seperti membuka gerai makanan, kedai jahitan, kedai runcit dan kedai alat tulis.
Kegiatan pertanian juga dijalankan secara kecil-kecilan. Mereka menanam tanaman seperti pisang, ubi, serai, sawi dan kangkung. Kesemua tanaman ini dijadikan sumber makanan harian dan ada juga yang menjualnya di pasar berhampiran. |