Belia Aktif Bersukan

B

elia merupakan generasi yang bakal menerajui negara untuk mencapai wawasan 2020. Golongan belia di Kampung Pasir Gembur mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam mencapai matlamat kerajaan. Belia di Kampung Pasir Gembur mula berjinak-jinak dengan aktiviti-aktiviti kampung seperti aktiviti keagamaan, kesukanan dan kebajikan. Ini merupakan pendedahan baik bagi membantu generasi ini menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

Dalam aktiviti keagamaan, belia di sini sering menghadiri ceramah-ceramah agama di surau dan masjid yang terdekat. Mereka juga bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sering menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan kampung. Aktiviti seperti ini selain mendekatkan belia dengan penduduk kampung juga menerapkan nilai jati diri. Aktiviti seumpama itu juga dapat menghindari mereka terjerumus dalam kegiatan yang negatif dan tidak memberi manfaat.

Selain aktiviti bercorak keagamaan dan kemasyarakatan, para belia di sini juga meminati pelbagai sukan. Mereka begitu aktif dalam permainan bola sepak, badminton, bola tampar dan bola sepak pantai. Pada kebanyakan masa, permainan-permainan tersebut dijalankan di pesisir pantai Pasir Gembur dan secara tidak langsung menarik perhatian pengunjung-pengunjung luar. Belia di sini juga berminat mendalami selok- belok pembuatan dan permainan gasing iaitu sejenis permainan tradisional Melayu.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK