Golongan wanita menghadiri kelas Al-Quran dan Tajwid pada setiap petang Jumaat

Persatuan Amanah Ikhtiar

M

enyedari betapa pentingnya wanita dalam pembangunan sesebuah kampung, JKKK menganjurkan beberapa aktiviti khusus untuk golongan wanita di Kampung Parit Tengah termasuk kegiatan-kegiatan yang dikendalikan oleh Persatuan Amanah Ikhtiar (AIM). AIM mempunyai objektif untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia. Menerusi Skim Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah, golongan berpendapatan rendah boleh memohon pembiayaan untuk menjalankan perniagaan kecil atau seumpamanya. Pendekatan AIM sedikit sebanyak telah membantu merapatkan jurang ekonomi antara penduduk.

Di samping itu, terdapat juga golongan wanita yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual makanan dan minuman. Hasnah Haji Roslan, anak watan kampung ini mengusahakan pembuatan Mi siput, kuih baulu dan tempe sejak tahun 2007. Beliau mengusahakan perusahaan ini secara kecil-kecilan berpusat di Balai Raya Gerakan Daya Wawasan yang terletak di hadapan rumah beliau.

Kesenangan dan kemewahan hidup tidak pernah mengabaikan penduduk kampung kepada hal-hal berkaitan keagamaan. Golongan wanita dengan peserta tetap kira-kira 30 orang menghadiri kelas bacaan Yasin yang lazimnya diadakan pada hari Jumaat setiap dua minggu. Kelas bacaan ini dibimbing oleh Ustaz Haji Samian selaku Bilal di Masjid Kampung Parit Tengah. Kelas-kelas Fardu Ain dan ceramah agama juga tidak dilupakan oleh wanita.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK