Perpustakaan adalah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan

Perpustakaan Cemerlang, Penduduk Gemilang

P

erpustakaan Desa Masjid Kampung Parit Tengah merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk menambah bilangan celik IT di kalangan masyarakat hari ini.

Perpustakaan Desa Masjid Kampung Parit Tengah terletak kira-kira 10 kilometer dari Batu Pahat. Perpustakaan ini dibuka pada bulan November tahun 2007. Beberapa perkhidmatan disediakan seperti pinjaman buku, pemulangan buku, perkhidmatan Internet serta bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar.

Pelajar ini sedang tekun menimba ilmu di perpustakaan

Perpustakaan ini beroperasi setiap hari kecuali pada hari cuti umum, Sabtu dan Ahad. Dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Perpustakaan ini di bawah seliaan Nurul Asyikin Binti Basyar. Sebanyak 4,000 buah buku disediakan merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ilmiah, pengetahuan am, rujukan peperiksaan, novel dan pelbagai lagi.

Kelas tambahan juga diadakan di perpustakaan ini agar pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. kelas tambahan ini dikendalikan oleh seorang guru dari sekolah berhampiran.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK