Sistem parit yang terletak ditengah-tengah Kampung Parit Tengah

Berasal Dari Jawa Suku Ponoroggo

K

ampung ini dahulunya diteroka oleh penduduk Jawa dari Sumatera. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari dan membuka penempatan baru. Peneroka awal Kampung Parit Tengah berasal dari Pulau dan daripada keturunan Ponoroggo. Sekitar tahun 50-an, ramai yang berpindah ke kawasan ini dan membina kehidupan baru. Ada juga yang datang merantau dari kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Sungai Buaya.

 
 
Memancing di parit bagi mengisi masa terluang

Peneroka-peneroka ini mula mengali parit kira-kira dua kilometer panjang sebagai sistem perparitan. Kemudiannya mereka mula bercucuk tanam dan menanam pokok kelapa sebagai pendapatan utama mereka. Namun kini keadaan telah berubah kerana keutamaan kepada kelapa sawit menjadi pilihan penduduk disebabkan harganya lumayan. Walaupun harga kelapa sawit bergantung kepada turun naik komoditi, difahamkan sehektar kebun kelapa sawit boleh memberi pendapatan tidak kurang dari RM3,000 sebulan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK