Penduduk selepas bersembahyang Jumaat

Berketurunan Jawa

K

ebanyakan penduduk Kampung Parit Tengah berketurunan Jawa. Penduduk setempat masih menggunakan dialek Jawa sebagai bahasa perantaraan. Namun, Bahasa Melayu juga masih dituturkan khasnya golongan muda. Penduduk Kampung Parit Tengah berasal dari suku Jawa Ponoroggo. Mereka masih lagi mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat itu.

 
 
Penduduk kampung bersama-sama meramaikan masjid


Dianggarkan penduduk Kampung Parit Tengah seramai 3,000 orang. Penduduk setempat masih mengekalkan seni bina tradisional Johor iaitu Rumah Limas. Satu keunikan yang terdapat pada binaan rumah-rumah di sini di mana setiap rumah dipisahkan oleh parit yang dibuat di tepi atau hadapan rumah.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK