Nanas Jospain mempunyai rasa yang manis dan sedap di makan

Berbudi Kepada Tanah

P

enanaman nanas merupakan kegiatan utama pertanian di Kampung Parit Tengah.
Seorang anak watan Kampung Parit Tengah, berjaya mengusahakan tanaman nanas di atas tanah seluas lima hektar. Tuan Haji Sukardi Kosno mula melibatkan diri dalam bidang pertanian sejak tahun 1970-an lagi. Kini beliau yakin dengan pepatah Melayu, “berbudi kepada tanah” akan mendapat ganjaran setimpal.

 
Antara nanas yang ditanam oleh Tuan Haji Sukardi ialah nanas Jospain dan Moris
 
Nanas yang berkualiti tinggi mempunyai rasa yang manis dan kurang lidas

Menurut Tuan Haji Sukardi, kawasan tanah yang hendak ditanam nanas hendaklah dibersihkan dari sebarang rumpai agar pertumbuhan nanas tidak terbantut. Beliau mengupah beberapa orang pekerja untuk menjaga ladang nanasnya. Nanas Moris dan Nanas Jospain adalah yang banyak ditanam. Setiap jenis buah nanas mempunyai rasa yang berbeza. Nanas berkualiti mempunyai rasa yang manis dan kurang 'lidas'. Nanas yang ditanam oleh Tuan Haji Sukardi dipasarkan sekitar Negeri Johor.

 
Penafian | Laman Web KTAK