Pendidikan Menjamin Masa Depan
enduduk di kampung memandang serius akan kepentingan ilmu untuk masa depan. berikutan itu, anak-anak di kawasan kampung ini digesa agar mendapat pendidikan yang sewajarnya. Anak-anak Kampung Parit Tengah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, kira-kira satu kilometer dari Kampung Parit Tengah.
Pada tahun 2007, seramai sembilan orang mendapat keputusan lima A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Selain, itu terdapat juga sekolah yang terletak di sekitar kawasan kampung seperti Sekolah Menengah Batu 15, Sekolah Rendah Parit Latif dan Sekolah Menengah Bukit Naning. |