Tempe, Makanan Tradisional Masyarakat Jawa

Tempe Makanan Tradisional

I
 
 
Kacang soya direndam semalaman sebelum direbus

ndustri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk di Kampung Parit Tengah. Perusahaan Tempe Hassan diusahakan oleh Hassan Pardi dan isterinya di Kampung Ulu Semerah. Kilang perusahaan Tempe terletak di belakang rumah beliau. Dalam sehari, kira-kira 300 keping tempe dapat dihasilkan. Tempe keluaran beliau dijual sekitar Johor. Permintaan akan bertambah berlipat ganda apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tempe merupakan bahan utama bagi masyarakat Jawa membuat sambal goreng yang sering kali menjadi hidangan utama menjelang Hari Raya.

 
 
Mi siput yang sudah digorang ranggup enak dimakan dengan sos cili

Disamping itu, terdapat perusahaan mi siput yang diusahakan oleh golongan wanita. Perusahaan mi siput ini diusahakan oleh Hajah Hasnah Haji Roslan. Mi siput ialah mi kuning berbentuk leper dan dijemur untuk dikeringkan. Mi Siput hendaklah digoreng dahulu sebelum dimakan. Ia juga boleh dibuat pengat atau mi kangkung. Beliau memperoleh bantuan daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari segi kemahiran, latihan dan juga pinjaman barangan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK