Klinik Desa diselia oleh Jururawat masyarakat yang berdedikasi

Memberi Kemudahan Kesihatan

K

erajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik bagi ibu-ibu mengandung. Kemudahan kesihatan yang disediakan sedikit sebanyak dapat menjamin penduduk Kampung Parit Tengah dapat menjalani kehidupan yang sihat. Antara kemudahan kesihatan yang disediakan ialah Klinik Desa Kampung Parit Tengah.

Klinik Desa Kampung Parit Tengah terletak di hadapan Pintu Gerbang Kampung Parit Tengah dan bersebelahan Perpustakaan Desa Parit Tengah. Klinik ini beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik Desa Kampung Parit Tengah memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Kampung Parit Tengah.

 
 
Klinik Desa Kampung Parit Tengah menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan pada penduduk setempat

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan seperti kesihatan ibu mengandung, kanak-kanak, khidmat perancang keluarga, lawatan rumah ke rumah dan perbidanan. Malah, klinik ini turut memberi rawatan percuma tanpa bayaran kepada golongan ibu dan kanak-kanak.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK