Pelbagai prasarana disediakan
emudahan asas yang terdapat di Kampung Parit Tengah sangat lengkap dengan prasarana yang telah dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Muar. Terdapat kemudahan asas seperti jalan raya yang berturap memudahkan orang ramai datang ke sini tanpa sebarang masalah. Penduduk Kampung Parit Tengah kini menikmati bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik di setiap rumah.
Selain itu, terdapat masjid, surau, balai raya, dewan orang ramai, klinik desa, pondok bas dan telefon awam di Kampung Parit Tengah. Sistem parit yang digali oleh penduduk kampung bagi mengelaknya berlakunya banjir. Sistem ini menjamin air yang mengalir dari hujan atau tali air dapat digunakan untuk aktiviti pertanian.
|