Bersatu Padu, Bercerai Roboh
ampung Parit Tengah terletak berhampiran Kampung Parit Baru, Kampung Karim 2, Kampung Sarang Buaya, Kampung Sungai Nibong dan Kampung Sri Kelantan. Hubungan antara penduduk Kampung Parit Tengah dan kampung sekitar amat akrab. Mereka masih mengamalkan cara hidup warisan dahulu kala yang penuh dengan nilai-nilai murni umpama “berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing.”
| |
 |
| |
| Jalan raya yang berturap memberi kemudahan kepada penduduk unuk ke bandar |
|
Penduduk kampung berinteraksi dan berkomunikasi dengan kampung sekitar melalui hubungan perniagaan, kebudayaan dan sukan. Penduduk dari kampung sekitar sering datang ke pasar malam yang terletak berhampiran Perpustakaan Desa Masjid kampung Parit Tengah. Pasar malam ini diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam. Banyak barang keperluan harian serta barangan basah dijual di sini. Peniaga-peniaga di pasar malam terdiri daripada penduduk Kampung Parit Tengah dan kampung-kampung yang berhampiran.
Golongan belia bergerak aktif dalam aktiviti kebudayaan seperti tarian zapin dan Kompang. Mereka sering bermain kompang dan menari zapin di majlis-majlis keramaian dan majlis perkahwinan. Mereka juga pernah dijemput oleh kampung-kampung sekitar untuk mengadakan persembahan. Secara tidak langsung, ikatan ukhuwah di antara Kampung Parit Tengah dan kampung sekitar bertambah rapat.
|