Haji Sarman, Seorang pemimpin yang berkaliber

Tiada Yang Mustahil

A

hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK dilantik untuk memastikan pembangunan kampung sentiasa terancang dan terjamin. Selain itu, jawatankuasa ini juga dilantik untuk bersama-sama menjayakan pembangunan kampung. Pengerusi JKKK ialah Haji Sarman Osman yang dibantu Mahpop Ali sebagai Setiausaha. JKKK berperanan mengatur aktiviti-aktiviti yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain. Beberapa biro dibentuk bagi membantu melicinkan pentadbiran JKKK. Antaranya Biro Belia, Biro Wanita, Biro Kebajikan dan Agama, Biro Pembangunan, Biro Ekonomi, Biro Pendidikan dan Biro Kecerian.

Aktiviti lain yang diadakan ialah majlis ramah mesra antara penduduk setempat bersama-sama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pelbagai agenda disusun agar pelatih dan penduduk setempat dapat bekerjasama dan mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini akan menyimpan seribu kenangan buat penduduk setempat dan Pelatih PLKN.

Kampung ini juga tersenarai sebagai Program Kampung Gerak Daya Wawasan (GDW). GDW adalah satu program yang memberi tumpuan khususnya ke arah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju dan menarik sejajar dengan Falsafah Pembangunan Luar Bandar.

 
 
Haji Sarman sedang menerangkan mengenai hal ehwal kampung

Pada tahun 2005, Kampung Parit Tengah muncul johan Pertandingan Keceriaan dan Pencahayaan anjuran KEMAS sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Pencapaian yang membanggakan ini sedikit sebanyak dapat membakar semangat penduduk setempat agar berusaha lebih gigih.

JKKK Kampung Parit Tengah juga mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Bahasa Jawa kepada lapisan muda agar tidak luput ditelan zaman. Kelas Bahasa Jawa diadakan agar golongan muda mengenali bahasa dan budaya Jawa yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Parit Tengah. Oleh itu, JKKK Kampung Parit Tengah sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna membabitkan hal-hal pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK