Perusahaan kelapa sawit menjana pendapatan yang lumayan

Punca Rezeki Utama

S
 
 
Kelapa sawit dikumpul dahulu sebelum dibawa ke kilang kelapa sawit

ektor ekonomi penduduk setempat dijana melalui sektor kerajaan, swasta, perniagaan, bekerja sendiri, perladangan, perkilangan, pertanian dan lain-lain. Sebahagian besar dari tanah-tanah kampung digunakan untuk perladangan seperti pokok kelapa sawit yang kebanyakannya diusahakan oleh warga tua. Terdapat juga segelintir penduduk yang mengusahakan tanaman nanas.

Golongan belia pula lebih berminat bekerja di sektor awam dan swasta di bandar juga pekan yang berhampiran. Ada juga yang sanggup merantau ke negeri lain seperti Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Penduduk setempat juga ada yang berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka bengkel motosikal, kedai runcit dan gerai makan.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang kepada pendapatan penduduk kampung. Industri perusahaan Mi siput merupakan antara perusahaan yang dijalankan oleh kaum hawa di sini. Perusahaan mi siput ini diusahakan oleh Hajah Hasnah Haji Roslan. Beliau mendapat bantuan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari aspek kemahiran, latihan dan juga peminjaman peralatan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK