Kampung ini dahulu diteroka oleh penduduk dari Jawa Sumatera. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu untuk membuka penempatan baru. Peneroka awal Kampung Parit Tengah berasal dari Jawa suku Ponoroggo. Pada sekitar tahun 50-an, ramai yang berpindah ke kawasan ini dan membina keluarga baru. Ada juga yang datang merantau dari kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Sungai Buaya. |
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk di Kampung Parit Tengah. Antaranya perusahaan mi siput yang diusahakan oleh golongan wanita. Perusahaan mi siput ini diusahakan oleh Hajah Hasnah Haji Roslan. Mi siput ialah mi kuning berbentuk leper dan dijemur untuk dikeringkan. Mi Siput hendaklah digoreng dahulu sebelum dimakan. Ia juga boleh dibuat pengat atau mi kangkung. |