Belia Aktif Bersukan
elia pemangkin negara dan selaras dengan prinsip kerajaan yang ingin melahirkan belia yang berketerampilan dan berakhlak mulia, pelbagai aktiviti melibatkan golongan ini sering diadakan. Segala aktiviti belia kampung diuruskan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Parit Tengah. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan ialah pertandingan sepak raga, bola sepak dan badminton. Selain itu, terdapat juga aktiviti sukaneka seperti tarik tali dan lari dalam guni dianjurkan oleh Biro Belia. Aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti latihan tarian zapin dan bermain kompang juga tidak ketinggalan.
| |
 |
| |
| Belia Kampung Parit Tengah bermain bola sepak setiap petang |
|
Selain itu, terdapat program membudayakan Al-Quran yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Parit Tengah. Program itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para belia kampung. Turut dianjurkan, pelbagai aktiviti agama seperti kelas agama, Fardu Ain dan kelas pengajian Al-Quran.
|