Parit Senah

Keunikan Nama Parit

P

ada awalnya, Kampung Parit Senah telah diterokai oleh sekumpulan penduduk dari kepulauan Riau sekitar tahun 1930-an. Orang yang bertanggungjawab membuka kampung ini ialah seorang yang dikenali sebagai Wahab bersama isterinya Bik Senah. Maka, nama isterinya digunakan untuk diabadikan sebagai nama kampung. Oleh itu, wujudlah nama Kampung Parit Senah.

  "Orang yang bertanggungjawab membuka kampung ini ialah seseorang yang dikenali sebagai Wahab bersama isterinya Bik Senah."

 

 

Pada tahun 1950-an, Ali Kassim telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hasil persetujuan orang ramai dan berkhidmat sehingga tahun 1968. Jawatan tersebut kemudiannya diberi kepada Tukimin Abd Samad sehingga tahun 1977. Beliau melepaskan jawatan tersebut apabila menerima tawaran daripada Kerajaan Persekutuan sebagai peneroka FELDA. Seterusnya, penduduk kampung telah bermuafakat untuk melantik Abdul Sukor Parian sebagai pemimpin mereka. Abdul Sukor menggalas tanggungjawab sehingga tahun 1983 dan kemudian melepaskan jawatan tersebut juga setelah mendapat tawaran untuk menyertai FELDA. Sejak tahun 1984 sehingga tahun 1990, tampuk kepimpinan kampung telah diterajui oleh Rostam Marzuki.

Kemudian, suatu mesyuarat telah diadakan pada tahun 1992 untuk melantik pengerusi JKKK yang baru bagi menggantikan Rostam Marzuki. Hasil perbincangan oleh orang-orang kampung yang arif, mesyuarat tersebut telah sebulat suara memilih Ibrahim Ali sebagai pengerusi JKKK yang baru. Keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Penghulu Mukim Enam Linau yang bertindak sebagai Pentadbir Mukim untuk direkodkan di Pejabat Daerah Batu Pahat.

Pengisytiharan tersebut telah berlangsung di Surau Kampung Parit Senah pada hari Khamis malam Jumaat di hadapan semua penduduk kampung. Berkuatkuasa Disember 1992, Ibrahim Ali telah dilantik sebagai pengerusi JKKK sehingga kini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK