Penduduk sedang menikmati hidangan

Kemesraan Penduduk

S
  "Walaupun hanya sebuah perkampungan kecil dengan penduduk yang tidak ramai, namun setiap orang sentiasa bekerjasama dan bertolak-ansur dalam apa jua keadaan."
   

ecara keseluruhannya majoriti penduduk di kampung ini ialah kaum Melayu berketurunan Jawa. Dianggarkan terdapat lebih kurang 350 orang penduduk yang mendiami Kampung Parit Senah. Kebanyakan penduduk di sini fasih berbahasa Jawa. Walaupun hanya sebuah perkampungan kecil dengan penduduk yang tidak ramai, namun setiap orang sentiasa bekerjasama dan bertolak-ansur dalam apa jua keadaan.

 
Penduduk setempat
 

Masjid dan surau kampung bukan sahaja menjadi tempat beribadat masyarakat setempat bahkan turut menjadi pusat perkumpulan penduduk dalam aktiviti keagamaan. Bukan sahaja golongan dewasa yang menjalankan hubungan baik, anak-anak muda juga turut menghormati orang tua dan bersikap mesra dengan tetamu yang berkunjung ke kampung mereka. Nilai-nilai murni sebeginilah yang perlu diterapkan oleh generasi muda dalam melahirkan masyarakat bersopan-santun.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK