Kelapa Sawit Merupakan Kegiatan Pertanian Yang Utama
anaman yang diusahakan oleh penduduk kampung untuk menampung kehidupan mereka adalah tanaman kelapa sawit seluas kira-kira 35 hektar di sekitar kawasan kampung. Tanah yang subur dan bersesuaian untuk tanaman sawit ini menjadikan tanaman ini sebagai pilihan utama penduduk kampung. Kebanyakan tanaman ini diusahakan oleh kaum Melayu dan sebilangan kaum Cina turut mengusahakan tanaman jangka panjang ini.
| "Tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung untuk menampung kehidupan mereka ialah tanaman kelapa sawit iaitu seluas lebih kurang 35 hektar di sekitar kawasan kampung." |
|
| |
|
 |
|
| Persekitaran ladang kelapa sawit |
|
|
Pelbagai jenis bantuan dari segi subsidi baja dan juga khidmat nasihat telah diberikan oleh Unit Peladang di Parit Senah. Tanaman sawit dijalankan di bawah Sistem Kelompok Ladang Terselia (SKLT). Pemantauan yang kerap terhadap tanaman kelapa sawit ini adalah untuk memastikan kualitinya berada dalam keadaan baik. Di samping itu, Unit Peladang juga memberi pendedahan kepada petani tentang kaedah dan cara yang berkesan untuk menanam pokok kelapa sawit.
Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah membuat cadangan untuk bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (LMSM) dalam menganjurkan bengkel penyelarasan peringkat komuniti peladang di sini. Sebanyak 150 orang pemetik sawit disasarkan untuk menyertai bengkel ini supaya mereka dapat mengetahui cara-cara yang berkesan memetik dan memastikan sama ada buah itu sudah sedia dipetik. |