Sekolah Agama Sri Teluk

Pendidikan Memuaskan

D
 
 
SRKJC Yani yang terdapat di Pekan Parit Yaani

ari sudut pendidikan, anak-anak muda dan penduduk di kampung ini mendapat pelajaran yang baik, sama seperti di tempat lain. Hampir setiap rumah di kampung ini mempunyai anak yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia. Ini selaras dengan hasrat jawatankuasa kampung untuk memastikan setiap penduduknya berpelajaran dan berpendidikan tinggi.

Sekolah-sekolah yang terdapat berhampiran dengan kampung meliputi tadika serta sekolah rendah dan menengah. Terdapat juga pusat tuisyen di dalam kampung untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar. Selain itu, anak-anak muda di kampung ini juga gemar mengadakan aktiviti belajar secara berkumpulan untuk membuat ulang kaji pelajaran yang telah diajar ketika di sekolah. Pendidikan tidak formal turut disediakan seperti kelas mengaji, kelas agama dan fardu ain untuk kanak-kanak serta dewasa di masjid atau surau kampung

 

 
Penafian | Laman Web KTAK