Wet World Batu Pahat Village Resort

Keseronokan di Taman Tema

W
 
 
Taman Tema yang luas dan menarik untuk pengunjung

et World Batu Pahat Village Resort merupakan salah satu pusat pelancongan terdekat dengan Kampung Parit Senah. Jika anda berada di kawasan Kampung Parit Senah, masa yang diambil untuk ke sini hanya 20 minit pemanduan. Taman tema air yang popular ini bukan sahaja menjadi kunjungan penduduk setempat tetapi ia juga menjadi pusat tarikan pelancong dari luar kawasan Johor Darul Takzim. Keindahan dan keunikan yang tersendiri terserlah apabila anda melangkah ke dalam kawasan taman tema air ini. Selain itu, lokasi ini juga berada di kawasan Tasek Merdeka.

Terdapat pelbagai jenis permainan air dan gelongsor air untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Selain itu, terdapat juga kolam berombak yang pastinya membuatkan anda berasa puas bermain air dan merasakan gegaran ombak buatan di situ. “Sungai Batu Pahat buatan” yang mengelilingi kawasan taman air ini juga membolehkan anda menyusuri dan menikmati kedamaian dari atas pelampung sahaja. Ibu bapa tidak perlu gusar mengenai keselamatan anak-anak mereka kerana kebanyakan permainan mesra pengguna di samping pemerhati-pemerhati keselamatan yang ditempatkan di sekitar taman.

Selain aktiviti air, terdapat juga perkhidmatan bot mengelilingi kawasan tasik untuk golongan dewasa. Tempat ini juga menerima tempahan untuk hari keluarga bagi syarikat atau organisasi kerajaan, menjadi pusat pelancaran produk baru dan sebagainya. Terdapat juga gerai-gerai menjual makanan dan kedai cenderahati untuk pelancong.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK