Jalan masuk ke kawasan kampung

Tenang dan Redup

P
 
 
Deretan kedai lama yang terdapat di Pekan Parit Yaani

ekan kecil Parit Yaani, Batu Pahat merupakan lokasi yang akan menghampiri Perpustakaan Desa Parit Senah. Anda hanya perlu meneruskan perjalanan menyusuri jalan kampung yang sungguh tenang dan redup untuk ke sini. Ada sebuah jambatan kira-kira 500 meter perjalanan dari pekan tersebut yang akan membawa anda ke perpustakaan ini. Parit Senah juga terletak tidak jauh dari Pekan Yong Peng iaitu kira-kira 10 kilometer dari Kampung Parit Senah. Selain Pekan Parit Yani, bandar terdekat yang lain ialah Bandar Batu Pahat sejauh kira-kira 30 minit pemanduan. Kampung ini terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani dan berada di bawah Parlimen Sri Gading. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang kian meluas memudahkan penduduk melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat di luar kawasan kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK