Lambang Usahawan Melayu Berjaya
erusahaan Perabot Sri Wangi mula ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Ahmad Tumari Paimen secara kecil-kecilan. Bermula daripada perniagaan sekitar kawasan kampung, kini beliau boleh berbangga melihat produk hasil keluaran syarikatnya berjaya dan dikenali sehingga luar Negeri Johor. Syarikat ini sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dalam apa jua saiz dan jenis perabot yang dikehendaki.
 |
|
| Salah satu proses menghasilkan perabot |
|
|
Syarikat ini berjaya mengembangkan empayar perniagaannya dengan pelbagai jenis perkakasan seperti meja, kerusi makan, siling rumah, pintu dan kelengkapan rumah berasaskan kayu. Pelbagai tempahan diterima dan tempoh masa untuk menyiapkan tempahan tersebut bergantung kepada jenis dan saiz perabot.
Terdapat pelbagai jenis mesin di dalam kilang perusahaan perabot ini iaitu mesin potong, mesin belah dan mesin bunga untuk membentuk serta membuat ukiran seni perabot. Kayu yang paling mendapat permintaan hangat ialah dari jenis nyatoh, cengal, merbau, balau dan batu. Pekerja di kilang ini seramai 10 orang dan mereka sememangnya berpengalaman dalam proses pembuatan perabot dan pengukiran. |