Rawatan Untuk Semua
enduduk di Kampung Parit Senah boleh menikmati kemudahan kesihatan di Klinik Desa Parit Yaani. Klinik ini dikendalikan oleh pembantu perubatan dan seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat sebarang kecederaan ringan dan penyakit tidak kritikal. Selain itu, perkhidmatan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak juga disediakan di sini.
 |
|
| Klinik Swasta yang terdapat di Pekan Parit Yaani |
|
|
Namun, jika pesakit memerlukan rawatan lanjut, mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Batu Pahat dan klinik swasta yang berdekatan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan mengikut jenis rawatan. Namun jika anda berkunjung ke klinik dan hospital kerajaan, bayaran minimum dikenakan kepada pesakit.
|