Balai Polis yang terdekat terletak di Pekan Yong Peng

Bersatu Menjaga Kampung

S

oal keselamatan di dalam kampung adalah tanggungjawab bersama di antara penduduk kampung. Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kampung sentiasa berada dalam keadaan aman damai. Pihak Belia 4B dan juga jawatankuasa kampung sentiasa memantau dan membuat kawalan keselamatan jika terdapat sebarang kes yang mencurigakan.

 
Kawasan persekitaran Balai Polis
 

Namun begitu, terdapat juga balai polis berdekatan jika terdapat sebarang masalah keselamatan atau jenayah yang memerlukan tindakan polis. Balai polis yang terdekat ialah Balai Polis Parit Yaani dan Balai Polis Yong Peng. Pihak polis pernah memberi ceramah untuk mendedahkan orang kampung mengenai tata cara menangani sebarang kegiatan jenayah sementara menunggu bantuan daripada pihak polis.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK