Masjid Jamek Parit Yaani Tengah

Kemudahan Hak Bersama

B

oleh dikatakan kemudahan asas dan kemudahan awam yang terdapat di sini di tahap yang memuaskan. Setiap penduduk dapat menikmati kemudahan air bersih dan bekalan elektrik serta kemudahan komunikasi. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam turut disediakan bagi memudahkan pergerakan orang ramai. Kemudahan seperti jalan kampung yang berturap dan jalan kampung tanah juga memudahkan penduduk untuk berulang-alik dari kampung ke bandar. Segala kemudahan ini dinikmati dan dijaga dengan baik oleh semua penduduk walaupun tinggal di kawasan luar bandar.

 
 
Jambatan penghubung dua kawasan

Di antara kemudahan awam lain yang terdapat di sini adalah perpustakaan desa, klinik desa, balai polis, balai raya, dewan orang ramai, bilik gerakan belia, kompleks penghulu, masjid, surau dan telefon awam. Terdapat juga pasar pagi pada setiap hari Selasa yang menjual pelbagai barangan keperluan harian serta sebuah pejabat pos mini bagi urusan pembayaran bil dan surat-menyurat. Setiap kemudahan asas yang disediakan adalah percuma untuk kegunaan orang ramai.


 
Penafian | Laman Web KTAK