Perpaduan Sesama Insan
| |
"Pelbagai jenis aktiviti seperti pertanian, perniagaan, kesukanan, kemasyarakatan, kebudayaan dan keagamaan dilakukan bersama." |
| |
|
rang kampung di sini menjalinkan hubungan yang baik sesama sendiri dan penduduk sekitarnya. Kampung sekitarnya ialah Parit Yaani, Parit Suratman, Parit Yob, Parit Sri Benakol dan Estet Sri Benakol. Pelbagai jenis aktiviti pertanian, perniagaan, kesukanan, kemasyarakatan, kebudayaan dan keagamaan dilakukan bersama. Setiap kali terdapatnya aktiviti yang dianjurkan, penduduk kampung tidak akan lupa menjemput jiran-jiran di kawasan sekitar untuk sama-sama memeriahkannya. Sikap jiran yang sentiasa ringan tulang pada majlis-majlis diadakan merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
 |
|
| Surau di Kampung Parit Suratman |
|
|
Selain itu, penduduk kawasan sekitar juga gemar bertandang ke kampung ini untuk beriadah dan bersukan bersama-sama. Terdapat pelbagai aktiviti sukan dilakukan iaitu bermain bola sepak, sepak takraw dan memancing. Mereka akan sama-sama berlatih sekiranya terdapat penganjuran sukan peringkat kawasan kampung.
Penduduk di sini juga menggunakan perkhidmatan pejabat pos mini dan sekolah di kawasan kampung sebelah. Walaupun terpaksa berulang-alik bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna, namun itu tidak mematahkan semangat anak-anak kampung untuk berjaya.
|