Balai aktiviti JKKK

Wadah Pembangunan Insan

S
 
 
Bangunan Perpustakaan Desa yang juga digunakan JKKK untuk menjalankan aktiviti

etiap kampung pastinya mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berfungsi untuk membentuk dan merancang perhubungan serta pembangunan kampung. Selain itu, JKKK juga bertanggungjawab memastikan keselamatan kampung berada pada tahap yang baik untuk keselesaan semua orang kampung. JKKK merupakan orang tengah yang menyampaikan mesej kerajaan kepada penduduk.

JKKK Kampung Parit Senah berjaya membuat beberapa perubahan dan menambah baik prasarana di dalam kampung ini. Kini, segala kemudahan yang diperuntukkan oleh kerajaan, dinikmati oleh setiap insan di sini. Selain itu, JKKK juga telah banyak menabur bakti terhadap pembangunan modal insan penduduk. Bukan sahaja penganjuran aktiviti berbentuk kemasyarakatan, tetapi pendekatan pendidikan secara tidak formal juga diperluaskan kepada setiap penduduk terutamanya golongan kanak-kanak dan pelajar.

Di antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JKKK ialah Program Galakan Membaca dan Pertandingan Mewarna sempena Hari Ibu. Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua penduduk kampung dan kawasan sekitar. Malahan isteri Pegawai Daerah Batu Pahat, Hajah Zuraida Mogo merangkap Pengerusi Hal Ehwal Wanita (HELWA) turut merasmikan dan memeriahkan majlis. Selain itu, Program Anak Angkat dan Program Bakti Siswa juga banyak membantu mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat dengan orang luar.



 
Penafian | Laman Web KTAK