Pekan Parit Yaani

Pentingnya Perkhidmatan Awam

S

umber pendapatan utama anak watan di sini diperolehi melalui sektor perkhidmatan awam, perniagaan, perkilangan dan pertanian. Bagi golongan belia kampung, mereka memilih untuk merebut peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam dan badan kerajaan di luar kampung. Selain menjamin masa depan yang cemerlang, mereka juga ingin menabur bakti kepada penduduk kampung melalui apa jua bidang yang diceburi. Keazaman yang kuat untuk mengubah nasib keluarga dan menaikkan taraf hidup merupakan satu usaha murni penduduk Kampung Parit Senah.

"...mereka memilih untuk merebut peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam..."  
   

Golongan tua segelintirnya masih memilih untuk meneruskan pekerjaan di bidang pertanian. Ladang kelapa sawit yang luas di sekitar kawasan kampung diusahakan oleh golongan lebih berpengalaman. Namun, ada juga anak muda yang ingin mengikuti jejak langkah generasi terdahulu untuk mendapatkan sumber rezeki melalui pertanian. Mereka yakin dengan adanya teknologi yang lebih moden, hasil pertanian diusahakan boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda.

 
Jalan raya di Pekan Parit Yaani
 

Bagi sesetengah penduduk yang cenderung ke arah perniagaan dan perkilangan, mereka mempunyai sebab tersendiri untuk menceburi bidang ini. Mereka ingin mencari pengalaman di dalam bidang tersebut dan menimba sebanyak mungkin ilmu untuk dikongsi bersama generasi akan datang. Terdapat juga beberapa orang anak kampung yang mengambil upah menjahit baju atau membuka gerai di tepi jalan kampung untuk menyara keluarga.

Tidak kira apa jua bidang yang diceburi di sini, penduduk setempat tetap sentiasa bermuafakat dan memberi nasihat sesama mereka. Mereka tetap hidup dengan aman damai tidak mengira peringkat usia.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK