Tanaman yang diusahakan oleh penduduk di kampung untuk menampung kehidupan mereka ialah tanaman kelapa sawit iaitu seluas lebih kurang 35 hektar di sekitar kawasan kampung. Tanah yang subur dan bersesuaian untuk tanaman sawit ini menjadikan tanaman ini sebagai pilihan utama penduduk kampung. Kebanyakan tanaman ini diusahakan oleh kaum Melayu dan sebilangan kaum Cina turut mengusahakan tanaman jangka panjang ini. |
Wet World Batu Pahat Village Resort merupakan salah satu pusat pelancongan terdekat dengan Kampung Parit Senah. Jika anda berada di kawasan Kampung Senah, masa yang diambil untuk ke sini hanya 20 minit pemanduan. Taman tema air yang popular ini bukan sahaja menjadi kunjungan masyarakat setempat tetapi ia juga menjadi pusat tarikan pelancong dari luar kawasan Johor Darul Takzim. |