Keperibadian Murni Sahsiah Wanita

S

ebahagian kaum wanita di kampung ini merupakan suri rumah sepenuh masa manakala sebahagiannya cenderung untuk bekerja di kilang, menoreh getah dan berkhidmat di sektor awam dan sektor swasta. Walaupun sibuk dengan pekerjaan, golongan wanita di sini masih aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukanan dan keagamaan.

 
Kaum hawa turut menyumbang tenaga di dalam kegiatan ekonomi
 

Persatuan Kendarat yang dianggotai 10 orang penduduk terkenal dengan perkhidmatan membekal makanan untuk majlis-majlis perkahwinan dalam kampung dan kawasan berhampiran. Selain itu, mereka juga turut sama menggembleng tenaga dalam sebarang majlis rasmi yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Wanita di kampung ini juga giat menjalankan aktiviti berzanji dan marhaban ketika majlis keagamaan dan sambutan hari perayaan. Mereka akan sama-sama berlatih dan berbincang sebelum membuat aktiviti tersebut. Ada juga segelintir wanita kampung yang aktif dalam aktiviti kesukanan seperti bola jaring dan senamrobik. Kaum hawa di sini menjalankan aktiviti senamrobik dan bola jaring di Balai Raya Parit Melana pada setiap petang dan hujung minggu.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK