Perpustakaan Desa Parit Melana

Komuniti Berilmu, Masyarakat Cemerlang

T

erletak berhampiran Klinik Desa Pantai Belimbing dan Tadika KEMAS, tersergam indah bangunan Perpustakaan Desa Kampung Parit Melana . Perpustakaan desa ini ditubuhkan pada tahun 2006. Perpustakaan Desa Kampung Parit Melana merupakan salah satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Selain itu, melalui projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), masyarakat tempatan berpeluang mempelajari ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara percuma.

Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia destinasi popular di kalangan anak kampung untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bagi mereka yang ingin mendapatkan bacaan ringan, turut disediakan majalah yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa. Kebanyakan sumber bacaan yang ada di sini dibekalkan oleh Perbadanan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan diselia oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).

Perpustakaan ini dilengkapi dengan rak-rak buku, alat penghawa dingin, meja dan kerusi yang selesa serta sofa. Ia boleh memuatkan sehingga 50 orang dalam sesuatu masa. Terdapat dua buah komputer yang mempunyai capaian jalur lebar untuk kegunaan penduduk. Selain itu, pelajar yang datang juga boleh menggunakan kemudahan mesin pencetak dan mesin pengimbas yang ada.

 
 
Kemudahan di Perpustakaan Desa Kampung Parit Melana

Aktiviti yang pernah dijalankan adalah Kelas Tulisan Jawi dan Khat untuk pelajar sekolah rendah di sekitar kawasan kampung. Aktiviti ini dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Alor Gajah dan orang ramai digalakkan untuk menghadiri kelas atau kursus yang dijalankan. Inisiatif yang diambil oleh pihak perpustakaan untuk memartabatkan tulisan jawi adalah satu usaha murni bagi memastikan ia tidak luput ditelan zaman.

Perpustakaan Desa Parit Melana beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Perpustakaan ini akan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK