Permuafakatan Semua Kaum
epelbagaian kaum di kampung ini menjadikan perpaduan dan semangat muhibah sesama kaum dianggap sebagai teras pembangunan kampung. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3,600 penduduk yang tinggal di sini. Generasi muda, belia dan tua di kampung ini sentiasa bermuafakat dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan mereka. Kebanyakan penduduk di sini adalah golongan belia yang sentiasa memastikan kampung tercinta berada dalam keadaan yang aman damai.
“Generasi muda, belia dan tua di kampung ini sentiasa bermuafakat dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan mereka” |
|
| |
|
Majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam manakala kaum minoriti adalah kaum Cina diikuti kaum India. Kaum-kaum lain di sini menganut agama Buddha, Katolik, Hindu dan lain-lain. Kesefahaman di antara setiap penduduk kampung menjadi tunjang dalam melahirkan masyarakat yang hidup tenteram.
Kebanyakan penduduk Parit Melana bekerja di sektor perkhidmatan awam di pejabat-pejabat kerajaan yang berhampiran. Terdapat juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta. Manakala penduduk selebihnya bertugas di sektor-sektor perkilangan, perniagaan dan pertanian. Ada juga yang bekerja sendiri bagi menampung kehidupan seharian.
| |
 |
| |
| Masyarakat majmuk hidup aman dan damai |
|
Arus pembangunan kampung dan peningkatan penduduk menyebabkan bertambahnya beberapa projek perumahan di kampung ini. Terdapat pelbagai jenis penempatan seperti rumah tradisional, rumah batu, perumahan awam dan rumah bertingkat yang didiami oleh tuan punya sendiri atau disewa oleh orang luar.
Penduduk di sini masih berpegang teguh kepada adat dan warisan yang dimulakan oleh generasi terdahulu. Pada tahun 1957, Datuk Sidang telah diperkenalkan mengikut budaya Adat Temenggung. Adat ini masih menjadi ikutan penduduk kampung sehingga kini.
Datuk Sidang berperanan dalam menguruskan adat-adat perkahwinan, kebajikan masyarakat dan kematian. Hal ehwal melibatkan tanah juga menjadi tanggungjawab Datuk Sidang yang akan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan terbabit. Di kampung ini, Sidang disandang oleh Kassim Abdul Latiff dan dilantik secara rasmi oleh Pejabat Daerah. Beliau juga turut sama menjaga dan memastikan keselamatan kampung sentiasa dalam keadaan yang terkawal. Kebiasaannya, orang kampung akan memanggil beliau dengan panggilan Datuk Sidang.
|