Ternakan Kambing Dan Lembu Tawar Pendapatan

S

ektor ternakan ikan air tawar lebih menjurus kepada Projek Ternakan Ikan Keli di 10 buah kolam sekitar kampung. Projek ini adalah menternak benih ikan untuk pasaran luar. Kegiatan menternak ikan air tawar oleh penduduk kampung walaupun secara kecil-kecilan merupakan satu cara penduduk menambahkan pendapatan.

Selain itu, terdapat juga Projek Ternakan Kambing Biri-Biri dan Lembu yang diusahakan oleh penduduk kampung. Ada di antara projek ternakan yang mendapat peruntukan sebanyak RM10,000 dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Penduduk telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak 10 peratus daripada hasil ternakan lembu kepada tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Wang tersebut akan digunakan untuk keperluan para penduduk kampung seperti bantuan ehsan kepada yang sakit atau meninggal dunia.

 

“Hasil susu dan daging ternakan ini akan dipasarkan kepada orang ramai. Hanya beberapa ekor kambing sahaja yang digunakan untuk proses pembiakan dan kacukan.”
   

Projek ternakan kambing pula diusahakan secara kecil-kecilan oleh anak-anak muda. Ia mula diusahakan sejak empat tahun lepas, kini terdapat pelbagai jenis kambing seperti Boer, Jamnapari, Parrel dan juga kambing tempatan. Hasil susu dan daging ternakan ini akan dipasarkan kepada orang ramai. Hanya beberapa ekor kambing yang digunakan untuk proses pembiakan dan kacukan. Harga kambing yang dijual adalah serendah RM500 hingga mencecah ribuan ringgit seekor.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK