Ilmu Dunia Dan Akhirat Sama-sama Dititipkan
ekolah Kebangsaan Parit Melana merupakan antara sekolah yang terawal wujud di kawasan Kampung Parit Melana. Sekolah ini turut menyediakan pendiidkan pra sekolah bagi kanak-kanak berusia lima dan enam tahun. Pendidikan agama juga perlu dititipkan kepada murid-murid bagi melengkapkan diri mereka dengan ajaran agama. Justeru, Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dijalankan pada sebelah petang.
 |
|
| Sekolah Menengah Parit Melana |
|
|
Dari sudut pendidikan secara tidak formal, terdapat kelas Fardu Ain (KAFA) dan juga kelas mengaji yang dianjurkan untuk anak kampung. Bagi golongan dewasa, ia lebih menjurus kepada matlamat untuk menambah ilmu pengetahuan agama dan mengisi masa lapang. Program berkaitan agama diadakan hampir setiap minggu di masjid seperti kelas KAFA, bacaan Yasin dan kelas Takmir anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
|