“Feng Shui” Bukit Auyin
ukit Peranginan Auyin terletak enam kilometer dari Pekan Durian Tunggal. Bukit peranginan ini dibina khas untuk mempamerkan dan memperkenalkan adat resam, budaya dan warisan seni bina tradisional Cina. Pusat peranginan ini pernah dinobatkan sebagai “Biggest Chinese Character Feng Shui” dalam Malaysia Book of Records pada tahun 1989. Keunikan pusat peranginan kerana ia merupakan satu-satunya pusat peranginan yang dibina di Malaysia berdasarkan falsafah “Feng Shui”.
| |
 |
| |
| Pintu masuk ke Bukit Auyin |
|
 |
|
Bukit Auyin mengimbau sejarah tradisi masyarakat Cina |
|
|
Kawasan peranginan mengikut tradisi masyarakat Cina ini menjadi pilihan pengunjung dari luar terutamanya kaum Cina. Selain program-program kebudayaan yang kaya dengan adat resam dan tradisi kaum Cina, terdapat replika Tembok Besar China yang turut menjadi tarikan utama para pengunjung. Menurut arkitek yang membina pusat peranginan ini, pengunjung boleh melihat kepelbagaian falsafah yang tersirat di sebalik feng shui melalui seni bina yang dipamerkan. Keindahan taman-taman bunga dan juga dekorasi di kawasan ini pasti akan membuatkan anda ingin kembali lagi ke sini.
|