Hijau Nan Mendamaikan
edamaian dan ketenangan yang terdapat di Kampung Parit Melana menjadikan Perpustakaan Desa Kampung Parit Melana pilihan pengunjung sekitar Daerah Alor Gajah. Kedudukan perpustakaan yang terletak berhampiran kawasan “pekan cowboy” di jalan masuk ke Mukim Parit Melana menjadikan ia mudah untuk ditemui. Selain itu, perpustakaan ini juga merupakan tempat pertemuan di antara tiga laluan ke Kampung Beringin, Kampung Panchor dan Kampung Parit Melana. Ia juga berhampiran dengan Tadika KEMAS, klinik desa, balai raya dan sekolah agama.
“Rumah-rumah kampung yang terdapat di sepanjang perjalanan juga masih mengekalkan seni bina Melayu Melaka” |
|
| |
|
 |
|
| Pekan "Cowboy" di Parit Melana |
|
|
Jika anda berkunjung ke perpustakaan ini, ia hanya terletak kira-kira lima kilometer dari Pekan Alor Gajah dan Pekan Durian Tunggal. Perpustakaan ini juga terletak 21 kilometer dari Bandar Melaka. Kedudukan yang strategik dan berdekatan dengan pekan pastinya menjadikan perpustakaan ini antara pusat ilmu pilihan utama penduduk sekitar. Sistem perhubungan yang lengkap dengan jalan raya berturap serta kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang kerap melalui kawasan ini memberi keselesaan kepada penduduk tempatan untuk berulang-alik dari bandar ke kampung.
Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke sini pasti akan teruja dengan keindahan kampung yang menghijau dengan tanaman getah, sawah padi dan dusun buah-buahan. Rumah-rumah kampung yang terdapat di sepanjang perjalanan juga masih mengekalkan seni bina Melayu Melaka. Sebelum tiba ke kampung ini, anda akan melalui jalan-jalan berbukit dan pastinya mata tidak akan terlepas dari melihat lembu dan kambing sedang meragut rumput di sekitar kawasan kampung.
|